WaN MoHd AfiQ

Gerbang Internet Untuk Kita kongsi Bersama


Mari Pakat Join

http://ar-fiq.blogspot.com

LIVERPOOL: Steven Gerrard menjaringkan hatrik ketika Liverpool membelasah Aston Villa bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya satu mata.

Dirk Kyut membuka jaringan pada minit kelapan dengan rembatan kencang selepas sepakan percuma Gerrard terkena palang dan melantun ke arah beliau.

Albert Reira menyumbat gol kedua Liverpool dengan larian pantas dan sepakan ke penjuru gawang hasil umpanan jauh penjaga gol Pepe Reina, pada minit ke-33.


Gerrard menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti enam minit kemudian selepas Reira dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kapten Liverpool itu menjaringkan gol kedua beliau menerusi sepakan percuma hanya lima minit selepas separuh masa kedua bermula sebelum melengkapkan hatrik menerusi satu lagi sepakan penalti pada minit ke-65 selepas Fernando Torres dijatuhkan penjaga gol Villa, Brad Friedel, yang dilayangkan kad merah.

Dengan kemenangan besar itu, Liverpool kini memintas United dan Chelsea dari segi perbezaan gol dan kembali ke kedudukan kedua liga.

0 comments:

Post a Comment

Time is Gold

BouT MySeLf

Nama kawe Wan Mohd Afiq Taqiyuddin Bin Wan Abdullah.Bekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit,Sarawak.Berasal dari Pantai Timur.

Islamic Calender

Followers