WaN MoHd AfiQ

Gerbang Internet Untuk Kita kongsi Bersama


Mari Pakat Join

http://ar-fiq.blogspot.com


VolleyBall: Kapit Vs Sibu

Pasukan kami telah menewaskan naib juara tahun lalu iaitu Sibu dalam pertandingan Bola Tampar PSKPP peringkat Negeri Sarawak.Kapit mengalahkan Sibu dalam 2 set tanpa kalah dengan set pertama 25-16.Manakala pada set kedua Kapit menang dengan mata 25-14.Pada petang nanti pasukan kami (Kapit) akan bertemu Kota Samarahan.

Dua minggu lepas kawe bersama pasukan PSKPP KAPIT telah menyertai Pesta PSKPP Kapit di Ulu Belaga.Perjalanan selama 12jam untuk sampai ke Belaga.Perjalanan menaiki boat ekxpress mengambil masa selama 3 jam dan menaiki bas selama 9 jam .Perjalanan yang memenatkan da.

samekom kawan2.Dah lama kawe tak update blog ni kerana sibuk dengan kerja ntah pape.


mY LittLe BabY

Wif My sisTeR

Senyum SokmO



Bersama Rakan-Rakan Pejabat(evlyn,slyia,aku,pengetua,lulie,madeline)




Happy Besday To U............




SAMA-SAMALAH KITA MEMERIAHKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL DARUL NAIM.DIHARAP SEMUA PARA PENYOKONG JANGAN BERTINDAK LIAR K

Pasukan kawe nih





Keadaan di sekeliling Pulau Memutik




harga bayaran untuk masuk ke Pulau Memutik











hehe



nurul and aku



cherul(kawan Aku)

Perjalanan ke Pulau Memutik mengambil masa selama 15 minit dari jeti Pasar Filipin.Best oow permanding semasa menuju ke pulau memutik,dengan air laut hijau kebiruan,memang seronok dan mengamit hati semua pelancong termasuk aku dan kawan2..........













Seronoknyer bile melancong ke sabah.Pada hari Ahad bersamaan 8 march 2009.Aku baru tiba dari kapit ke sibu pada pukul 10.00 pagi bertujuan melancong ke Sabah.Wahhhh...indah sungguh permandangan di sabah dengan pantai-pantai yang indah dan jernih,disamping juga makanan laut yang segar lagi berkhasiat.hehe.JOm melancong ke Sabah

Pembarisan masuk Kontinjen SMK KAPIT

Yusri,Suliman,Balqies,Bob,Guna,Wardina,Afiq(aku)







Assalamualaikum.Firstime dalam idup aku dapat jadi jurulatih olahraga tuk sekolah yg aku berkhidmat nie.SMK KAPIT.hehe.best r time tu,banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dari semua jurulatih.Semuanyer sporting belaka.Kenangan terindah r dapat join jadi jurulatih ni.By the way SMK Kapit muncul juara buat kali ke-2 k,,yahoooooooooooooo...







aku dan Ckgu Yusri



Christina Uchat





Guru dan peserta

Ldyana


aku.balqies.guna

LIVERPOOL: Steven Gerrard menjaringkan hatrik ketika Liverpool membelasah Aston Villa bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya satu mata.

Dirk Kyut membuka jaringan pada minit kelapan dengan rembatan kencang selepas sepakan percuma Gerrard terkena palang dan melantun ke arah beliau.

Albert Reira menyumbat gol kedua Liverpool dengan larian pantas dan sepakan ke penjuru gawang hasil umpanan jauh penjaga gol Pepe Reina, pada minit ke-33.


Gerrard menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti enam minit kemudian selepas Reira dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kapten Liverpool itu menjaringkan gol kedua beliau menerusi sepakan percuma hanya lima minit selepas separuh masa kedua bermula sebelum melengkapkan hatrik menerusi satu lagi sepakan penalti pada minit ke-65 selepas Fernando Torres dijatuhkan penjaga gol Villa, Brad Friedel, yang dilayangkan kad merah.

Dengan kemenangan besar itu, Liverpool kini memintas United dan Chelsea dari segi perbezaan gol dan kembali ke kedudukan kedua liga.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

Terima kasih kepada anda semua kerana meluangkan masa untuk mengunjungi blog aku xseberapa ini..da~

Time is Gold

BouT MySeLf

Nama kawe Wan Mohd Afiq Taqiyuddin Bin Wan Abdullah.Bekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit,Sarawak.Berasal dari Pantai Timur.

Islamic Calender

Followers